Khamis, 15 November 2012

Sejarah Matematik yang ditulis oleh Carl.B.Boyer merupakan sebuah buku yang memaparkan sejarah perkembangan matematik mengikut zaman.Ia bukan sahaja menyeluruh tentang pembangunan matematik Eropah tetapi juga perkembangan yang disumbangkan oleh Tamadun China,India dan Arab.Sesungguhnya buku ini merupakan khazanah klasik sejarah matematik dan ahli matematik.Buku ini telah disemak semula untuk disesuaikan dengan khalayak umum.Ia telah dikemas kini dan diperluas untuk mencakupi perkembangan kemajuan abad kedua puluh dalam bidang kebarangkalian dan komputer.Ciri menarik buku ini adalah ;ampirannya yang mengandungi jadual kronologi perkembangan matematik dan sejarah yang memudahkan pembaca untuk membuat rujukan.


1 ulasan: